Pages

Sunday, September 12, 2010

Pertanian; Sistem penyiraman automatik

Sistem penyiraman ini menggunakan Inlet Valve atau turut dipanggil sebagai Feed Valve atau Solenoid Valve. Alat ini boleh didapati daripada kedai yang menjual barangan ganti (spare part) untuk mesin basuh automatik. Fungsinya adalah untuk mengawal aliran air masuk ke dalam mesin basuh. Alat ini menggunakan konsep medan magnet yang terhasil apabila disambungkan dengan arus elektrik. Alat ini mempunyai injap yang sentiasa dalam keadaan tertutup. Injap hanya akan terbuka sekiranya terdapat arus elektrik.

auto-watering-system-01
Hujung ini akan dipasang dengan hos yang membekalkan sumber air.
auto-watering-system-02
Hujung ini akan dipasang dengan paip poly untuk proses penyiraman. Dua pin di bahagian bawah kanan gambar adalah tempat untuk penyambungan wayar elektrik dibuat.
auto-watering-system-03
Alat ini dipanggil Micro Sprinkler dan dipasang secara terus dengan paip poly untuk proses penyemburan air. Alat ini ada dijual di kedai peralatan pertanian. Terdapat dua jenis variasi iaitu semburan 180 darjah dan semburan 360 darjah.
auto-watering-system-04
Semburan 360 darjah iaitu untuk semburan sekeliling.
auto-watering-system-05
Semburan 180 darjah iaitu untuk semburan satu arah sahaja.
auto-watering-system-06
Alat ini dipanggil Electronic Timer yang berfungsi untuk menetapkan jadual penyiraman yang akan dibuat. Timer ini mempunyai pelbagai tetapan contohnya siraman setiap hari atau berselang hari. Masa paling minimum ialah satu minit dan terdapat maksima 8 kali tetapan timer boleh dibuat. Berdasarkan pengalaman, memadai jika siraman dibuat dalam masa seminit untuk tempoh dua kali sehari.
auto-watering-system-07
Inlet Valve perlu dipasang dengan wayar elektrik dan ditebat dengan sempurna kerana semasa penyiraman berlaku, besar kemungkinan terdapatnya percikan air. Kaedah penebatan yang disyorkan ialah menutup sambungan dengan gam panas (hot glue) dan seterusnya dikemaskan dengan heat-shrink tape. Pita ini akan mengecut setelah dilayur dengan api dan menghasilkan sambungan yang kalis air. Hujung dawai yang satu lagi disambung dengan plag dua pin dan dipasang di timer elektronik.
auto-watering-system-08
Inlet Valve disambung dengan menggunakan hos yang sama untuk penyambungan mesin basuh. Jika dirujuk dalam gambar terdapat dua hos yang disambung dan berkongsi dengan penyambung Tee kerana satu digunakan untuk mesin basuh dan satu lagi adalah untuk sistem penyiraman automatik.
auto-watering-system-09
Berikut adalah penyambungan yang dibuat antara sumber air dengan Inlet Valve.
auto-watering-system-10
Micro sprinkler dipasang secara terus dengan paip poly.
auto-watering-system-11
Sekiranya pemasangan dibuat dengan sempurna, proses penyiraman akan berlaku mengikut masa yang telah ditetapkan.

0 comments:

Post a Comment