Pages

Tuesday, September 14, 2010

Lelaki Myanmar mati dibunuh

2010/09/14


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Myanmar mati selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki Pakistan di sebuah kilang di Balakong, awal hari ini.



Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei, berkata pergaduhan pada jam 3.30 pagi itu berlaku apabila mangsa, Kyaw Htike Aung, 21, dikatakan menegur suspek yang kerap pergi menunaikan solat ketika bertugas.
 
 
"Kyaw adalah pengawal keselamatan di kilang itu manakala suspek adalah pekerja kebun di kilang yang sama. "Akibat teguran itu pergaduhan telah berlaku. Siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul di bahagian rusuk kiri menggunakan sebatang besi dan dia mati di tempat kejadian," katanya di sini, hari ini.




Beliau berkata, suspek yang berusia 24 itu ditangkap oleh pengurus sekuriti kilang berkenaan 20 minit selepas kejadian dan diserah kepada polis untuk siasatan.



Suspek yang ditahan reman bermula hari ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan, katanya. - Bernama

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LelakiMyanmarmatidibunuh/Article/index_html


Mati kerana tegur


KUALA LUMPUR: Akibat menegur rakan sekerja yang ‘kerap’ menunaikan solat ketika bertugas, seorang pengawal keselamatan warga Myanmar maut selepas rusuk kirinya dipukul dengan sebatang besi di sebuah kilang di Balakong, Serdang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa Kyaw Htike Aung, 21, mati di tempat kejadian selepas bergelut dengan rakannya warga Pakistan, Asifullah Inayatullah, 24 yang dikatakan tidak berpuas hati dengan teguran mangsa.

Katanya, suspek kemudian mengambil sebatang besi sepanjang hampir satu meter lalu menghayun ke arah rusuk kiri mangsa.


Katanya, suspek ditahan pengurus keselamatan kilang sebelum diserah kepada polis.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matikeranategur/Article

0 comments:

Post a Comment