Pages

Wednesday, September 15, 2010

Sekolah Harapan Bagi Pelajar Hamil Dibuka Jumaat Ini

Rabu September 15, 2010

MELAKA: Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sekolah itu yang dikenali sebagai 'sekolah harapan', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempattinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita telah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah ituyang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini Rabu.

Mohd Ali berkata setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIMuntuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identitimereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remajayang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edahsebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu. -BERNAMA


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/15/mstar_berita/20100915143829&sec=mstar_berita

______________________________________________________

P/S ; NAJIB GILA

0 comments:

Post a Comment