Pages

Thursday, September 16, 2010

Budak mangsa terbaru denggi

2010/09/15

KUALA LUMPUR: Satu kematian akibat demam denggi membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan dalam tempoh antara 5 dan 11 September lalu, menjadikan jumlah kematian akibat penyakit itu tahun ini berjumlah 105 orang sehingga kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes demam denggi bagaimanapun dilaporkan menurun 21 peratus dalam tempoh itu kepada 898 kes berbanding 1,144 kes pada minggu sebelumnya.

“Dua negeri dikesan berlaku peningkatan kes pada minggu lalu iaitu Terengganu (15 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya (empat kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata jumlah kes terkumpul yang dilaporkan tahun ini dari Januari hingga September mencatatkan peningkatan 13 peratus kepada 34,730 berbanding 30,588 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Dr Mohd Ismail berkata, kematian murid perempuan dari Terengganu itu didapati berpunca daripada ‘Dengue Shock Syndrome’ selepas dia demam pada 2 September lalu.

Pemeriksaan di kawasan rumah murid itu menunjukkan terdapat kesan tahap pembiakan Aedes yang tinggi iaitu 1.7 peratus dan lokaliti wabak yang melaporkan 34 kes deman denggi dalam tempoh lima minggu.

Menurutnya, 255 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara dan daripada jumlah itu 28 lokaliti ‘kawasan panas’ dikenal pasti minggu lalu membabitkan 407 kes deman denggi dan lokaliti ‘kawasan panas’ ini masih melaporkan 143 kes baru pada minggu itu.

“Kementerian Kesihatan mendapati 92 peratus daripada bekas pembiakan Aedes yang diperiksa membabitkan kawasan luar premis,” katanya. — Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakmangsaterbarudenggi/Article

0 comments:

Post a Comment