Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Ladang maut lengkap kemudahan mewah

BANTING: Ladang persendirian milik suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain di Teluk Gadong, Tanjung Sepat di sini, dipercayai dilengkapi pelbagai kemudahan mewah.




Ia bukan sekadar dijadikan pusat penternakan ayam dan kambing, selain kebun buah-buahan, malah mempunyai chalet dan rumah kelab yang dipercayai lengkap dengan bar dan sistem hiburan canggih, termasuk bilik karaoke.
 
 
Difahamkan, suspek utama bergelar Datuk yang memiliki kekayaan luar biasa termasuk aset hartanah dan kereta mewah itu, dipercayai menjadikan ladang berkenaan sebagai tempat percutian hujung minggunya. Sumber memberitahu Berita Harian, suspek terbabit turut menjadikan kemudahan di ladang miliknya itu untuk menghiburkan pelanggannya sebelum memperdayakan mereka.




“Keseluruhan kawasan ini berkeluasan 3.6 hektar, tetapi baru 1.6 hektar dibangunkan sejak suspek membeli hartanah ini setahun lalu.



“Selain kandang ternakan dan dusun buah-buahan termasuk kebun sirih, turut dibina rumah pekerja, pejabat, chalet dan sebuah tempat hiburan khusus untuk suspek, kenalan rapat dan pelanggannya,” katanya.



Katanya, dengan kedudukan yang terpencil dan jauh dari jalan utama, ladang persendirian itu memang sukar dikesan.

“Ini ditambah lagi dengan tindakan suspek membina tembok setinggi dua meter di keliling ladangnya, menyebabkan sebarang aktiviti yang berlaku di dalamnya tidak dapat dilihat orang luar.



“Beberapa pekerja estet berhampiran, tidak menyedari berlaku kes pembunuhan di situ sehingga dilaporkan media,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Sumber berkata, pekerja terbabit juga mendakwa tidak mendengar sebarang jeritan atau sebarang pergerakan mencurigakan sepanjang laluan masuk ke ladang persendirian itu sebelum kejadian menggemparkan itu.
 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ladangmautlengkapkemudahanmewah/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment