Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Kenapa kes kehilangan yang lain masih tergantung? PDRM perlu jelaskan

Seperti rakan-rakan blogger lain, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Polis di-Raja Malaysia (PDRM) kerana telah berjaya membuat beberapa penahanan dalam kes membabitkan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.




Tetapi hati kecil saya masih tertanya-tanya kenapa PDRM tidak dapat menyelesaikan kes kehilangan empat orang lain (dan mungkin lebih) yang kini diuar-uarkan oleh PDRM sendiri bahawa ianya mungkin ada kaitan dengan suspek-suspek yang sama. Malah, kes-kes ini dilaporkan lebih awal dari kes Datuk Sosilawati.




Saya khuatir umum akan beranggapan kes-kes ini tidak diberi keutamaan kerana ia tidak membabitkan individu berstatus tinggi?



Saya terkejut juga apabila membaca akhbar The Star dan New Straits Times hari ini (Sept 14) yang memetik isteri kepada salah seorang mangsa bahawa beliau telah membuat laporan polis kali KEDUA pada Sept 8, 2010. Malah, laporan itu dibuat di balai polis Banting.




M. Usharani datang ke Malaysia dari Chennai, India untuk mencari suaminya A. Muthuraja yang didakwa hilang setelah berjumpa dengan kedua-dua peguam yang juga suspek dalam kes Sosilawati. Kali terakhir beliau bercakap dengan Muthuraja ialah apabila Muthuraja berada di rumah suspek.




Saya hairan kerana walaupun sudah ada "lead", polis tidak dapat menyelesaikan kes tersebut. Persoalannya sekarang ialah apakah polis telah mengambil keterangan dari peguam-peguam tersebut dalam kes kehilangan Muthuraja? Bukankah ianya "Standard Operating Procedure" pihak polis untuk mengambil keterangan daripada mana-mana pihak yang terakhir sekali berada bersama mangsa?




Jika kes Muthuraja telah diselesaikan dengan penangkapan, MUNGKIN tragedi yang menimpa Datuk Sosilawati, pemandunya, peguamnya dan pegawai banknya dapat dielakkan.



PDRM perlu juga memulakan satu penyiasatan dalaman untuk mengetahui apa tindakan yang diambil (atau tidak diambil) diatas laporan yang dibuat oleh Usharani. Ini membabitkan nama baik PDRM dari kacamata antarabangsa.



...
http://jejakpujangga.blogspot.com/


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7763

0 comments:

Post a Comment