Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: DNA masih boleh dikenalpasti



SHAH ALAM - Proses pengecaman asid Deoksiribonukleik (DNA) melalui bukti biologi yang ditemui anggota forensik berhubung kes kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain mampu melancarkan lagi siasatan dan membantu pendakwaan.


Penganalisis Jenayah, Kamal Efendi Hashim berkata, DNA adalah proses saintifik untuk mengenal pasti pertalian genetik yang boleh didapati di bahagian tertentu di tubuh manusia

“Sekiranya berlaku kematian, ada bahagian dalam badan manusia yang masih mempunyai DNA dan boleh dikenal pasti seperti tulang, tisu badan, rambut dan bulu yang mempunyai akar, air liur dan peluh.


“Dalam kes ini, setakat ini bukti biologi atau fizikal membolehkan DNA milik keempat-empat mangsa dianalisis dengan tepat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Sapora Sipon berkata, setakat ini pembunuhan mereka dipercayai disebabkan sifat tamak selain faktor sampingan lain.



“Walaupun kes ini masih samar dan belum dibawa ke mahkamah, saya percaya ia berlaku disebabkan kepentingan peribadi sehingga bertindak tidak rasional,” katanya.


Mengulas mengenai kesanggupan penjenayah melakukan pembunuhan kejam, Sapora berkata setiap pembunuhan dipengaruhi faktor berlainan.


“Terdapat kes-kes tekanan mental yang mendorong seseorang melakukan pembunuhan kejam, seperti dialami penghidap skizofrenia, atau dikenali sebagai penyakit mental.


“Malah, jika seseorang mengalami penyakit seperti ini, nasib akan menyebelahi mereka kerana kebanyakan pesalah yang mengalami penyakit ini sering terlepas daripada menerima hukuman,” katanya.


Sapora berkata, natijah daripada kes pembunuhan kejam seperti ini kadang kala berjaya mengheret penjenayah kepada penderitaan mental akibat rasa bersalah, sementara ada yang tidak merasa kesal.: - Sinar Harian


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7758

0 comments:

Post a Comment