Pages

Tuesday, September 14, 2010

Dua beradik kembar dilaporkan hilang kirim SMS pada ibu pagi tadi

2010/09/14


IPOH: Dua adik beradik kembar perempuan yang dilaporkan hilang selepas ke rumah kawan lelaki mereka di Parit, dekat sini pada hari raya kedua akhirnya mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu mereka pagi ini menyatakan mereka selamat.



Ibu berkenaan, Harlizah Samah ketika dihubungi berkata beliau menerima SMS daripada anaknya itu pada 9 pagi.



"Mereka meminta maaf. Mereka juga kata ''mereka selamat''. Jangan risau dan jaga diri mama''. Itu saja," katanya.



"Mereka tidak pula menyatakan di mana mereka berada," kata Harlizah.



Beliau merayu kepada anak-anaknya itu supaya pulang ke rumah dan jika ada apa-apa masalah ia boleh dibincangkan.



Dua beradik itu dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan pada hari raya kedua, dikesan telah ke rumah seorang rakan lelaki mereka di Parit, dekat sini.



Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata pada 12 September iaitu hari raya ketiga, kesemua mereka turut dikesan pergi ke Teluk Intan dan dalam masa yang sama ada menghubungi rakan-rakan mereka yang lain namun apabila dihubungi semula talian mereka dimatikan.



"Bagaimanapun kita masih cuba mengesan di mana mereka berada. Mengikut keterangan ibu bapa kepada teman lelaki itu, kesemua yang dilaporkan hilang itu telah bermalam di rumah mereka di Parit dan anak lelaki itu juga (kini) tidak pulang ke rumah," kata Aziz.



Mereka yang hilang itu ialah Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain bersama Suhaily Abdul Razak masing-masing berusia 14 tahun.
Mereka berasal dari Taman Sentosa di Kampar dekat sini.



"Polis percaya kesemua mereka itu tidak dikurung atau ditahan.



"Mereka ini dipercayai mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk keluar rumah berjumpa dengan kawan-kawan sehingga menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa," kata Abdul Aziz. - Bernama

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DuaberadikkembardilaporkanhilangkirimSMSpadaibupagitadi/Article/index_html


Mak tak akan marah, pulanglah

TAMAN SENTOSA - “Mak tak marah, mak cuma mahu anak mak pulang segera, itu sahaja,” rintih Che Nariah Che Had, ibu kepada Suhaili Abd Razak yang hilang bersama rakannya pasangan kembar Nurul Ashiqin dan Nurul Ain Kamarazmi.



Beliau sambil menangis memberitahu, tidak akan memerahi anaknya itu walaupun dia (Suhaili), ada membuat kesalahan tidak memberitahu niat untuk ke Teluk Intan.


Suhaili dan rakannya masing-masing berusia 14 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar berhari raya pada Sabtu lalu dan belum pulang sehingga berita ini ditulis.



Mereka yang pada awalnya memberitahu mahu berjalan-jalan di sekitar Kampar dilaporkan berada di Teluk Intan selepas dimaklumkan adik bongsu pasangan kembar terbabit pada sebelah malam.



“Saya langsung tahu mereka hendak ke Teluk Intan kerana anak-anak saya beritahu mahu keluar beraya di sekitar Kampar bersama rakan-rakan.


“Tiada apa yang kami harapkan selain mahu anak-anak saya dan rakan segera pulang,” kata Halizah Samah, 44.


http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story8173760.asp

0 comments:

Post a Comment