Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Anak sulung Sosilawati urus perniagaan kosmetik

ERNI meninggalkan pejabat di Jalan Raja Bot, Kampung Baru selepas mengambil beberapa dokumen, semalam.

2010/09/14


Erni dilantik Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Februari lalu




KUALA LUMPUR: Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, 25, akan menguruskan perniagaan produk kosmetik jenama Nouvell Visages susulan kematian ibunya.
 
 
Erni yang dilantik sebagai Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Sdn Bhd sejak Februari lalu oleh ibunya, berkata meskipun seluruh keluarganya masih menunggu keputusan DNA berhubung penemuan mayat kelmarin, buat sementara waktu beliau akan menguruskan empayar perniagaan itu. Katanya, perniagaan masih berjalan seperti biasa dan stabil tanpa peningkatan atau kemerosotan permintaan daripada stokis di seluruh negara, walaupun kes itu sedang hangat diperkatakan.




“Urusan perniagaan dan kes ini dua hal berbeza untuk dibincang kerana setakat ini perniagaan tidak terjejas.



“Bagaimanapun, operasi perniagaan ditutup bermula 10 September lalu dan akan dibuka seperti biasa Rabu ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan pejabat Nouvelle Beauty Sdn Bhd, di sini semalam.



Tinjauan ke Pejabat Nouvelle Beauty di Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini mendapati ia ditutup sempena Aidilfitri berdasarkan notis makluman di pintu masuk premis.




Erni menjelaskan, kehadirannya ke premis terbabit bagi mengambil dokumen penting berkaitan urusan perniagaan bagi menyelesaikan kes mahkamah, namun enggan mengulas lanjut sama ada berkaitan kehilangan ibunya.





Sementara itu, suasana di CIMB Bank cawangan Kampung Baru di sini, iaitu tempat Noorhisham Mohammad, antara rakan Sosilawati yang turut dibunuh bekerja, pula kelihatan seperti biasa sejak dibuka jam 8.30 pagi, semalam.



Seorang kakitangan bank berkenaan yang ditemui Bernama berkata, pemergian Noorhisham tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan setugas.



Katanya, pemergian Noorhisham adalah kehilangan besar kepada bank itu kerana beliau pekerja dedikasi dan komited terhadap pekerjaannya.



“Saya percaya jika rakan setugas anda ‘pergi’ pun, mungkin perasaan sama akan dirasai,” katanya.



KRONOLOGI

Kes pembunuhan kejam di Malaysia



23 Julai 1993



Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris hilang hampir tiga minggu sebelum ditemui mati dibunuh di Raub. Mayat tokoh politik dan ahli perniagaan itu ditemui dikerat 18 bahagian dan ditanam dalam stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong.



18 Jun 2003



Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.



25 Disember 2003



Mayat eksekutif muda dan model sambilan, Noritta Samsudin, 22, ditemui mati dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang, leher dijerut, mulut disumbat dan kakinya juga diikat. Beliau disyaki dirogol sebelum dibunuh di rumah sewanya yang terletak di kediaman mewah di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas.



27 November 2006



Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.



17 September 2007



Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau.



5 Januari 2010



Empat sekeluarga ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dibunuh oleh cucu sendiri, Rasidi Ismail, 32, di dalam dua rumah di Kampung Batang Rokan di Gemencheh, Tampin. Mayat Atan Daud, 90, ditemui dalam keadaan putus tangan kiri di sebelah mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80, yang putus tangan kanannya, selain menantu, Ismail Awang, 76 dan cucunya, Siti Khadijah, 22.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnaksulungSosilawatiurusperniagaankosmetik/Article/index_html
 
 
  ______________________________________________________

Pembunuhan kejam Sosilawati: Pembunuhan kejam Sosilawati: ‘Wati lega agih syarikat pada anak’
2010/09/15

Luahan Sosilawati pada pertemuan 26 Ogos

KUALA LUMPUR: ‘Wati lega, anak-anak sudah habis belajar dan tanggungjawab lima syarikat sudah diagihkan kepada anak,’ luah jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, kepada peguamnya, Datuk Zaidi Zain ketika pertemuan terakhir mereka pada 26 Ogos lalu.


Zaidi berkata, ketika memaklumkan perkara itu, Sosilawati seolah-olah mahu berhenti daripada menguruskan perniagaan dan menyerahkan semuanya kepada lima anaknya yang sudah menamatkan pelajaran.


“Ia seperti petanda. Dalam perbualan itu, saya tidak mengesyaki sesuatu dan hanya menganggap dia sudah letih menguruskan lima syarikatnya di Kuala Lumpur dan Selangor sehingga mahu melepaskan tanggungjawab itu kepada anaknya,” katanya semalam.

Beliau berkata, selain bercerita mengenai perniagaannya, Sosilawati memaklumkan beliau banyak ditipu oleh individu di sekelilingnya termasuk orang kanannya yang selama ini diberi kepercayaan penuh menguruskan kewangan syarikat.

“Wati hanya meluahkan perasaannya dan meminta nasihat saya untuk terus bangkit dan tidak mudah berputus asa mengenai masalah itu. Saya tidak sangka, itu kali terakhir saya bercakap dan berjumpa dengan Wati yang dikenali sejak 13 tahun lalu,” katanya.

Zaidi menyifatkan Sosilawati yang dikenali sepanjang tempoh itu sangat baik dan seorang yang bekerja kuat tanpa bergantung kepada individu lain.
“Wati seorang yang kuat semangat dan akan berusaha sebaik mungkin untuk memperoleh apa yang diimpikan. Semua yang berlaku sudah tersurat dan berharap anaknya kuat menghadapi ujian itu,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembunuhankejamSosilawati_PembunuhankejamSosilawati___8216_Watilegaagihsyarikatpadaanak__8217_/Article

_________________________________________________________
Pejabat Kamil masih ditutup
 
 
2010/09/14


PUTRAJAYA: Kamarudin & Partner, pejabat peguam sivil, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di Presint 15 di sini, masih ditutup sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Tinjauan mendapati pintu pejabat itu bermangga.

Beliau bersama Sosilawati dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Misteri kehilangan mereka terjawab selepas polis menahan lapan suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan kejam mereka yang ditahan, dipukul sehingga mati, dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sungai di Kampung Kanchong Laut, Banting.
 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PejabatKamilmasihditutup/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment