Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Lima petugas media ceroboh kena tahan

2010/09/14


BANTING: Lima petugas media termasuk dua daripada Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ditahan polis kerana cuba memasuki kawasan dipercayai menjadi lokasi jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu dibunuh serta dibakar, di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, semalam.



Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, wartawan jenayah Harian Metro, Shamsul Munir Safini dan jurugambar, Mohd Yusni Ariffin ditahan ketika cuba meninjau kawasan rumah ladang serta pusat penternakan milik suspek utama kes bunuh dan bakar empat mangsa terbabit.
 
 
Shamsul dan Yusni dikatakan cuba memasuki tempat kejadian melalui kawasan belukar bersebelahan sebelum kehadiran mereka disedari polis yang berkawal dan ditahan. Difahamkan, kad memori kamera, buku nota dan tag petugas media mereka dirampas untuk tujuan rekod, tetapi dipulangkan semula setengah jam kemudian selepas diberi amaran keras.




Tiga lagi yang ditahan dan diberi amaran adalah jurukamera agensi berita Xin Hua, Lim Ling Fong; pemberita sambilan NTV7, Mohd Shahif Ibrahim; dan wartawan portal berita Malaysian Insider, Yow Hong Chieh.
 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Limapetugasmediacerobohkenatahan/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment