Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: 'Dia masih hidup'

AMPANG: “Saya masih mampu menerima hakikat sekiranya suami mati dibunuh, namun jika dibakar dan dibuang ia sukar diterima,” kata Suzana Radin Pangat, 38, berhubung kematian suaminya, Noorhisham Mohammad, 38, pegawai CIMB Bank yang dibunuh dengan kejam bersama Datuk Sosilawati Lawiya serta dua yang lain.




Menurutnya, cara pembunuhan itu amat kejam menyebabkan mayat jadi tidak sempurna dan tiada kubur yang boleh dilawat, namun dia reda jika itu hakikat yang berlaku terhadap suaminya. Dia juga berharap jika benar suaminya dibunuh kejam, semua penjenayah terbabit dihadapkan ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.



Menurutnya, ketika ini dia tidak mampu membaca surat khabar atau melihat berita televisyen untuk mengetahui perkembangan kes terbabit.





“Selepas kejadian, memang saya tak boleh tengok TV atau baca surat khabar. Semua perkembangan baru kes itu ahli keluarga saya yang maklumkan. Saya tak boleh nak tempuh keadaan ini,” katanya.





Namun, perasaannya kuat mengatakan suami masih hidup dan akan kembali ke pangkuan keluarga. Dia berharap suami pulang dalam keadaan selamat dan bukan seperti dipaparkan di media iaitu dibunuh kejam apabila dipukul dan dibakar hingga menjadi abu sebelum dibuang ke dalam sungai.





“Perasaan saya kuat mengatakan dia masih hidup dan selagi tulang dijumpai itu belum disahkan miliknya saya anggap dia masih hidup.





“Ini kerana kemungkinan tulang dijumpai itu milik empat individu lain sebelum ini dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Seraya, di sini, semalam.





Keluarga Noorhisham turut mengadakan majlis tahlil menggantikan sambutan hari lahir suaminya malam semalam.





Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Mohd Shukry Hussin yang menziarahi keluarga Noorhisham turut melahirkan simpatinya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KesbunuhSosilawati_Diamasihhidup/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment