Pages

Thursday, September 16, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Objek baru

2010/09/16

BANTING: Unit Forensik menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau, di sini, petang semalam.
Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.

Usaha pihak media menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada jam 5.30 petang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Objekbaru/Article


_______________________________________________________

Kes bunuh Sosilawati: 2 kes orang hilang di Selangor ada kaitan

BANTING: “Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan tiga orang lain,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
“Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau yang ditemui di sebuah restoran, di sini semalam berkata kes itu membabitkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Sementara itu, Khalid mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan itu secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri.

Katanya, selain menyulitkan siasatan polis, spekulasi yang ditimbulkan media juga boleh merunsingkan fikiran anggota keluarga mangsa yang masih sedih dengan berita kematian itu.

“Tolonglah, jangan tulis benda-benda yang tak disahkan. Jangan tulis cerita-cerita yang awak (media) dengar-dengar sahaja,” katanya.

Beliau sebelum ini mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop melawat lokasi kejadian bunuh jutawan berkenaan, semalam. Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau adalah untuk melawat anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada hari raya.

Beliau yang masuk ke dalam lokasi berkenaan dilihat diiringi beberapa pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ke lokasi berkenaan dan dilihat meninggalkan kawasan berkenaan kira-kira jam 11.10 pagi.

Sementara itu, pihak forensik dilihat masih giat menjalankan operasi mencari bukti di kawasan Sungai Panchau, di sini dipercayai mencari beberapa sisa mayat dipercayai masih di kawasan berkenaan.

Operasi di kawasan di mana abu mayat mangsa dibuang itu dilakukan kira-kira jam 3 petang dengan dibantu unit lain.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2kesoranghilangdiSelangoradakaitan/Article

0 comments:

Post a Comment