Pages

Thursday, September 16, 2010

Peralat nama kutip dana

2010/09/15

PUTRAJAYA: “Ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pusat kami untuk mengutip sumbangan, sedangkan kami tidak mendapat satu sen pun daripada sumbangan itu,” kata Pengasas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Muji Sulaiman berkata, dia pernah didatangi beberapa individu yang meminta persetujuan menggunakan nama pusat berkenaan kononnya untuk mendapatkan sumbangan bagi membantu pusat jagaan itu.
 
 

Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila pusat jagaan itu tidak menerima satu sen dari sumbangan berkenaan, tetapi kelibat individu yang meminta persetujuan itu juga tidak pernah kelihatan selepas itu.
 
 

“Saya ingat niat mereka baik, ingin membantu kami dan penghuni rumah ini. Rupa-rupanya mereka mengambil kesempatan menggunakan nama pusat ini untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak tertentu.
 
 

“Sehingga kini, tiada satu pun pihak yang kononnya ingin membantu menghulurkan sumbangan seperti yang dijanjikan,” katanya.
 
 

Lebih menyedihkan, katanya, tindakan mereka itu seolah-olah memburukkan nama pusat terbabit di kalangan masyarakat.
 
 

Sementara itu, Muji berkata, dia sedang mencari sebuah rumah untuk dijadikan pusat jagaan tetap, memandangkan tuan tanah tempat mereka berteduh selama ini sudah memberi isyarat secara diam supaya pihaknya berpindah dari sini.
 
 

Beliau berkata, sejak mendiami masjid berkenaan tiga tahun lalu, dia sudah banyak berhabis wang dan tenaga untuk memperbaikinya bagi memberi keselesaan kepada penghuni.
 
 

“Ketika saya mula-mula berpindah di sini, keadaan masjid ini agak uzur dan bocor di sana sini, tetapi atas usaha dan sumbangan daripada orang ramai saya dapat memperbaiki hingga menjadi pusat yang selesa,” katanya.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peralatnamakutipdana/Article

_______________________________________________________

0 comments:

Post a Comment