Pages

Thursday, September 16, 2010

Lelaki khayal maut jatuh tingkat 13

2010/09/15

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai dalam keadaan khayal maut selepas terjatuh dari tingkat 13, Blok 1, apartmen Rakyat Desa Pantai, Pantai Dalam, di sini, pagi semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu hanya disedari penduduk selepas mayat mangsa, Mohd Razlan Hashim, 52, ditemui di tingkat bawah dalam keadaan berlumuran darah.

Sumber polis berkata, mangsa dipercayai seorang penagih dadah dan bekerja sebagai pembantu menjual burger di apartmen berdekatan.

Polis menolak kemungkinan kejadian itu berunsur jenayah kerana siasatan mendapati mangsa khayal sebelum terjatuh.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifika kes sebagai mati mengejut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakikhayalmautjatuhtingkat13/Article

________________________________________________________

DIA ADA NAMPAK BINTANG2 TIME BERJALAN

0 comments:

Post a Comment