Pages

Sunday, September 12, 2010

Memanfaat setiap waktu terluang

2010/09/03

SEMPENA Ramadan, Al Jabbar Group membuka ruang bacaan, Al Jabbar Room Book dengan menempatkan lebih 2,000 buku ilmiah dan agama untuk tatapan orang ramai.




Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata pelanggan yang datang mendapatkan rawatan terapi di syarikat itu boleh menggunakan kemudahan ruang bacaan berkenaan.



Beliau berkata, mereka boleh membawa keluarga masing-masing ke perpustakaan mini itu untuk menambah ilmu sambil mendapat keberkatan.





“Kadang kala pelanggan yang datang ramai, jadi daripada mereka menunggu, lebih baik gunakan masa itu untuk membaca.





“Sebagai syarikat korporat, saya terpanggil untuk membantu kerajaan bagi membina budaya membaca di kalangan masyarakat,” katanya selepas meraikan lebih 1,000 anak yatim, fakir miskin, wakil surau dan masjid di sekitar daerah Kajang, Selangor, baru-baru ini. Turut hadir, isterinya, Suzilawati Md Akhir dan beberapa artis tempatan, antaranya Zehra Zamri, Shamrin dari Kumpulan Fotograf dan pelawak, Datuk Yahya Sulong.





Artis dan Kamaruzaman turut melayan anak yatim memilih pakaian raya di samping memberi duit raya.





Bagi Pengurus Operasinya, Fairuz Kadry, sudut bacaan itu diharap merealisasikan hasrat mencambah ilmu di kalangan kakitangan syarikat itu serta pelanggan.





Sementara itu, Yahya turut mencuba mesin terapi elektrik, Dr Jism.





“Selepas menggunakan Dr Jism, saya rasa ada perubahan kerana mesin ini mengaktifkan semula aliran darah yang mungkin tersumbat selama ini. “Lagipun, sejak akhir-akhir ini kesihatan agak merosot selepas mengalami masalah jantung beberapa tahun lalu.





“Jika menggunakan produk keluaran Al Jabbar serta memanfaatkan mesin secara berkala, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik,” katanya.





Beliau berharap dapat menggunakan mesin berkenaan di rumah memandangkan isterinya, Datin Anisah Ali juga menghidap asma.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Memanfaatsetiapwaktuterluang/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment