Pages

Sunday, September 12, 2010

Maut beratur rumah terbuka Presiden

JAKARTA - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sedih dengan insiden menyayat hati seorang lelaki cacat penglihatan, Jhony Malela maut ketika beratur untuk memasuki Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Jalan Majapahit di sini kelmarin.




Jurucakap presiden, Julia Aldrin Pasha berkata, Susilo prihatin dengan kejadian itu apabila ribuan rakyat cuba berasak-asak di pekarangan Istana Negara selepas solat Jumaat dan hampir 20 orang, kebanyakan wanita pengsan akibat sesak nafas.



Namun, Julia menafikan khabar angin kononnya Susilo akan memberi 'duit raya' sebanyak 300,000 rupiah (RM103) kepada setiap pengunjung yang menjadi punca ramai sanggup membanjiri kediaman presiden sejak awal pagi lagi.



Dalam pada itu, balu Jhony, Euis Rusmiyati, 38, dilaporkan akhbar Kompas menerima wang ihsan khas pemerintah sebanyak 40 juta rupiah (RM13,700) manakala jenazah Jhony, 45, dibawa pihak polis ke kampungnya di Garut, Jawa Barat. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

0 comments:

Post a Comment