Pages

Sunday, September 12, 2010

Mak nyah terdesak

Oleh FIRDAUS SAHAT


firdaussahat@hmetro.com.my

2010/09/04
 
KUALA LUMPUR: Terdesak mendapat wang menjelang Aidilfitri, golongan mak nyah atau pondan terpaksa menggunakan laman sembang atau sosial untuk mendapatkan pelanggan pada bulan puasa berbanding kebiasaannya di lorong tertentu sekitar ibu kota.




TERDESAK... Elis (kiri) dan Liz terpaksa melakukan aktiviti haram demi menyara hidup.
 
Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mereka khuatir dicekup penguat kuasa yang meningkatkan operasi pada bulan mulia ini bagi mencegah kegiatan tidak bermoral.




Seorang pondan yang ditemui Metro Ahad, Liz atau nama lelakinya, Rizduan berkata, aktiviti mereka pada bulan mulia ini lebih tersorok dan dilakukan secara senyap bagi menghormati Ramadan, tidak seperti hari-hari biasa di mana aktiviti seks mereka dilakukan secara terang-terangan.





“Kebiasaannya kami mencari pelanggan di lorong tertentu. Namun pada bulan ini pelanggan lebih mudah diperoleh menerusi ‘online’ sama ada laman sembang atau sosial.





“Bagaimanapun, aktiviti itu terhad pada malam hari saja. Pada siangnya, kami berpuasa seperti umat Islam lain dan enggan melakukan perkara itu. Namun, kadangkala ada juga pelanggan mahu melakukannya pada siang hari. Akhirnya, semua itu terpulang kepada kami.





“Kalau dihitung, pada hari biasa kami boleh memperoleh sekitar RM3,000 sebulan tetapi pada bulan puasa kami hanya mampu mendapat kutipan RM1,800. Cukuplah untuk kami menampung hidup membayar segala bil,” katanya.





Menurut Liz, dia terdorong melakukan perkara keji itu kerana desakan ekonomi dan sukar mendapatkan pekerjaan tetap apabila kebanyakan institusi pekerjaan di negara ini tidak menggaji golongan pondan.





“Itu antara diskriminasi yang perlu kami lalui. Hakikatnya, apa yang kami lakukan bukan berdasar nafsu tetapi lebih kepada pekerjaan untuk menyara hidup.





“Secara jujurnya, saya tidak meminta berada dalam keadaan ini (pondan). Malah saya beberapa kali cuba menjadi lelaki sejati dan meninggalkan dunia pondan, tetapi tidak berjaya.





“Jadi bila dalam keadaan begini, lebih-lebih lagi kami yang berpakaian wanita, pekerjaan halal itu susah diperoleh. Mahu atau tidak, ini saja caranya untuk kami menampung kehidupan seharian walaupun pada bulan puasa,” katanya.





Rakannya, Elis pula berkata, kebanyakan pelanggannya adalah pelancong, namun tidak kurang juga yang beragama Islam dan dahagakan seks luar tabii.



“Kebiasaannya pelancong yang mencari kami. Puasa atau tidak, mereka tidak peduli. Lagipun, mereka tidak tahu apa itu puasa. Memandangkan mereka sanggup membayar banyak, saya turutkan saja.






“Ada juga pelanggan yang beragama Islam. Namun jumlah mereka tidak banyak pada bulan puasa berbanding hari biasa,” katanya.





Sementara itu, Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussein Habil berkata, secara asasnya, perbuatan golongan pondan ini salah daripada segi agama, namun perilaku mereka juga harus dilihat daripada persepsi berbeza.





“Masalah ini sesuatu yang kompleks. Jika kita bercakap mengenai lelaki yang cenderung ke arah wanita tulen, ia digelar transeksual tetapi jika dia hanya berperwatakan lembut dan masih ada ciri-ciri lelaki, ia dipanggil transuatis.

“Tidak ada golongan ini yang meminta untuk dilahirkan sedemikian. Kebanyakannya terpengaruh daripada didikan keluarga sejak kecil.






“Malah, masalah berkaitan janin atau genetik serta hormon turut menjadi faktor mengapa mereka tidak mampu berubah menjadi lelaki tulen,” katanya.





Dr Hussein berkata, ia turut berkait rapat dengan masalah psiko spiritual, kepercayaan dan sikap masing-masing.





“Bagaimanapun, mereka perlu berusaha untuk berubah kepada asal. Jangan terlalu mengikut gerak hati dan jauhkan daripada mempunyai rakan dalam golongan sama. Tidak perlu hujah atau debatan mengenai perkara ini kerana terang-terangan ia menyalahi agama.





“Jika mereka perlu mempunyai azam kuat, keinginan serta didikan agama yang mencukupi, tidak mustahil ia boleh dibendung,” katanya.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Maknyahterdesak/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment