Pages

Sunday, September 12, 2010

Pameran 160 ular pelbagai spesies di Muzium Negara


PERKENAL...Ibrahim (tengah) memperkenal sebahagian ular yang dipamerkan.


KUALA LUMPUR: Sebanyak 160 ular pelbagai jenis daripada 30 spesies dipamerkan di Muzium Negara bersempena Pameran Ular Lawan Ular dianjurkan muzium berkenaan.



Dalam pameran yang berlangsung bermula Sabtu lalu dan berakhir 11 Oktober depan itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan Ratu Ular, Noorazhariah Andan (Azza), 30, tinggal bersama 100 ular senduk di dalam sebuah bilik kaca.




Pengarah Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran berkenaan diadakan sebagai salah satu usaha pihaknya menarik minta pengunjung dan menjadikan aktiviti berkunjung ke muzium sebagai budaya masyarakat Malaysia.





“Pameran ini juga memberi peluang kepada pengunjung melihat keunikan ular dan menambah pengetahuan mengenai reptilia ini kerana kebanyakan daripada kita tidak tahu bagaimana cara menghadapi ancaman ular.





“Sepanjang pameran ini juga, pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan ular termasuk 13 spesies berbisa yang dikendalikan pemain ular profesional, Hussine Dastegir, pada jam 12 tengah hari hingga 1 petang dan 3 hingga 4 petang setiap hari. Mereka juga boleh bergambar bersama ular dan dikenakan bayaran dari RM3 hingga RM10,” katanya.





Menurutnya, pihaknya juga bakal mengadakan pertandingan Dam Ular Gergasi pada 26 September ini dan pertandingan mewarna pada 3 Oktober depan terbuka kepada semua pengunjung.





Sementara itu, Hussine yang berpengalaman lebih 30 tahun mengendalikan ular berkata, beliau membawa Ratu Ular dalam setiap pameran yang disertai bagi membuktikan kepada negara luar bahawa gadis Malaysia juga berani bermain dengan ular.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pameran160ularpelbagaispesiesdiMuziumNegara/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment