Pages

Sunday, September 12, 2010

Kes bunuh Sosilawati: "Kalau betul mak tak ada lagi, bawa dia tunjuk depan Rina. Abah cari mak abah." - Rina

Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR: "Kalau betul mak tak ada lagi, bawa dia tunjuk depan Rina. Abah cari mak abah."




Demikian adalah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima wartawan mStar Online daripada sumber terdekat yang mendengar raungan anak keempat Datuk Sosilawati, Erinawati Sofia Buhari, 18, sejurus sidang akhbar mengenai kematian ibunya disiarkan di televisyen.



Bagaimanapun, Erinawati serta sanak-saudara jutawan kosmetik itu enggan ditemuramah media selepas pengesahan daripada pihak polis berhubung penemuan empat mayat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Sabtu.



Seorang ahli keluarga Sosilawati dilihat menangis di perkarangan rumah sambil ditenteramkan oleh dua yang lain.



Setengah jam selepas pengumuman polis itu, sanak-saudara mahupun kenalan Sosilawati dilihat datang ke rumah beliau.



Ketika tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi ini, ahli keluarga Sosilawati berkumpul di rumah jutawan kosmetik itu di Lot 9933, Taman Harmonis, Gombak di sini untuk menunggu perkembangan semasa.



Menurut Elias, abang sepupu kepada Sosilawati yang menemui pemberita pada 12 tengah hari, abang dan adik pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu telah ke Banting pada sebelah pagi.



Katanya, anak-anak Sosilawati berada di rumah dan masih tunggu pengesahan polis.



"Mereka okey setakat ini. Mereka masih tunggu apa-apa perkembangan daripada polis," katanya.



Pada 12:30 tengah hari, Elias memaklumkan kepada pemberita bahawa mereka telah menerima panggilan polis.



Katanya, polis memberitahu besar kemungkinan mangsa ialah Sosilawati.



http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/12/mstar_berita/20100912165232&sec=mstar_berita

0 comments:

Post a Comment