Pages

Tuesday, September 14, 2010

Tengku Faris Sultan baru

Oleh Mohd Sabran Md Sani




2010/09/14
 
 
SERAH...Nik Aziz menyerahkan Watikah Pemasyhuran kepada Tengku Muhammad Faris Petra di Istana Balai Besar, semalam.
 
KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan,Tengku Muhammad Faris Petra, 41, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 menggantikan ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra pada Majlis Pemasyhuran Pelantikan di Istana Balai Besar, berkuat kuasa semalam.



Majlis pemasyhuran terbabit diumumkan sendiri Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mendapat mandat daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang sebulat suara memilih, melantik dan mengesahkan baginda sebagai Sultan.




Pemasyhuran itu dilaksanakan mengikut Perkara 29 A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan Bahagian Kedua, sekali gus membolehkan putera sulung Tuanku Ismail Petra itu menaiki takhta kerajaan negeri Kelantan.



Difahamkan, pada mesyuarat MPN kira-kira jam 9 pagi semalam, hanya dua ahli iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin A’ishah Putri tidak hadir, manakala 15 yang lain sebulat suara menyokong pelantikan itu.



Mengakhiri pemasyhuran dengan laungan takbir Allahuakhbar sebanyak tiga kali, Tuanku Muhammad Faris Petra sah sebagai Sultan Kelantan, berkuatkuasa semalam selepas satu mesyuarat khas diadakan MPN di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, Kota Darulnaim.



“Maka adalah dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.

“Kepadanya sekalian hamba rakyat, mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah yang maha kuasa diturun taufik dan hidayat ke atasnya, semoga DYMM sultan yang dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta kerajaan negeri Kelantan dan memandu negeri dan rakyat sekalian pada aman sentosa, mewah, makmur dan kebajikan selama-lamanya,” kata Nik Abdul Aziz.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TengkuFarisSultanbaru/Article

0 comments:

Post a Comment