BANTING: Pasukan penyelam Polis Marin semalam meneruskan operasi mencari bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Sungai Kanchong Laut, di sini.
Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.
Operasi mencari bahan bukti itu yang bermula kira-kira 4.30 petang semalam dan berakhir jam 7 malam, turut disertai anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.
Semasa operasi itu dihentikan pada 7 malam semalam, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik membelek bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.
Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pasukanpenyelamteruskanoperasicaribukti/Article/index_html
Tuesday, September 14, 2010
Kes bunuh Sosilawati: Pasukan penyelam teruskan operasi cari bukti
Posted by
semalamjadikenangan
at
1:37 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment