Pages

Tuesday, September 14, 2010

Mahkamah Tinggi bocor

2010/09/14


KUALA LUMPUR: Kurang tiga bulan kafeteria, pejabat pos mini dan kedai buku di aras bawah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) di Jalan Duta di sini, dibanjiri air akibat kerosakan paip, kini Mahkamah Tinggi Jenayah pula digenangi air setinggi lima sentimeter, semalam.



KMKL yang dibina dengan kos RM270 juta tiga tahun lalu, bocor kali keempat sejak dibuka pada 2007.
 
 
Kejadian terbaru itu, dipercayai berlaku awal pagi semalam akibat hujan lebat dan rekahan kecil di dinding kamar Mahkamah Tinggi Jenayah 2 yang terletak di sayap kanan kompleks mahkamah itu. Tinjauan di kamar mahkamah itu yang terletak di aras lima, mendapati hampir keseluruhan kawasan berkenaan sudah dikeringkan, tetapi bilik saksi bersebelahan kamar mahkamah masih digenangi air.




Terdapat tujuh tukang cuci di situ, yang mengeringkan air menggunakan mesin penyedut hampagas.



Selain itu, air masih mengalir keluar dari lubang kecil daripada dinding kamar mahkamah itu.



Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Pentadbiran KMKL, Rodziah Abdul Hamid, yang turut meninjau keadaan di kamar mahkamah itu pagi semalam, bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung punca berlakunya kejadian itu.

Pada 24 Jun lalu, siling di aras bawah KMKL runtuh, selain kafeteria, pejabat pos mini dan kedai buku yang berada di aras sama, turut dinaiki air sehingga 15 sentimeter berpunca daripada aliran air daripada paip bocor dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM70,000.



Pada 23 Mei 2007, kompleks itu mengalami masalah siling jatuh, keretakan, gangguan elektrik dan paip airnya bocor hingga membanjiri 90 peratus kawasan kafeteria.
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MahkamahTinggibocor/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment