Selasa September 14, 2010
GUA MUSANG: Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui di tepi sungai Kampung Bertam Lama, dekat sini pagi Selasa, oleh dua beradik yang pergi ke kawasan itu untuk menebang buluh. Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah, yang mengesahkan mengenaipenemuan itu pada pukul 8 pagi berkata mayat berkenaan ditemui Zarina Mat Yaman, 20 bersama adiknya, Zarini, 17, sebelum melaporkan perkara tersebut kepada polis di Balai Polis Bertam.
Saiful Bahri berkata, dua beradik berkenaan turun ke sungai untuk membasuh kaki selepas menebang beberapa batang buluh dan terkejut apabila nampak mayat terlentang di tepi sungai dalam keadaan bengkak dan berpakaian.
Bagaimanapun, beliau berkata polis yang menerima laporan mengenai perkara berkenaan pukul 9 pagi, bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
"Setakat ini kita belum mendapat kepastian identiti lelaki berkenaan kerana siasatan lanjut masih dijalankan tetapi kita tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Saiful Bahri yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai penemuan mayat itu berkata, sebelum ini polis ada menerima laporan kehilangan seorang anggota keluarga penduduk tempatan kampung terbabit yang tidak pulang ke rumah sampai sekarang.
"Tetapi kita belum dapat pastikan lagi sama ada lelaki itu ada kaitan dengan laporan kehilangan dari keluarga terbabit sehingga selesai dibuat siasatan," katanya. Mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat. - BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/9/14/mstar_jenayah/20100914213702&sec=mstar_jenayah
Wednesday, September 15, 2010
Mayat Lelaki Reput Ditemui Tepi Sungai Bertam
Posted by
semalamjadikenangan
at
6:58 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment