Oleh Sahlina Sahkirin
2010/09/15
ENDAU: Setiap kali menjelang Syawal, ingatan seorang warga emas pasti terarah pada isteri tercinta yang menghilangkan diri sejak 22 tahun lalu.
Namun, Abdullah Mohd Ali, 86, masih mengharapkan kepulangannya.
Isterinya, Khadijah Puteh, 51, meninggalkannya bersama tiga anak tanpa khabar berita walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan sejak puluhan tahun lalu.
Mengimbau kenangan lalu, Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Khadijah bersama anak mereka berada di rumah, manakala dia keluar ke laut mencari rezeki.
“Saya terkejut apabila pulang mendapati hanya anak saja ada, manakala isteri pula menghilangkan diri. “Sebelum itu, Khadijah pernah beberapa kali menghilangkan dari rumah, namun pulang semula beberapa hari kemudian,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Baru, Penyabong di sini, semalam.
Apabila ditanya ke mana dia pergi, Khadijah gagal hanya membisu.
Akhirnya, 22 tahun lalu, Khadijah terus ‘lenyap’ dari pandangan Abdullah serta tiga anak mereka hingga kini.
“Isteri saya bukan jenis yang suka merayau dan keluar rumah tanpa memberitahu suami, namun kejadian itu menjadi misteri kerana dia hilang ketika berada di dalam rumah,” katanya.
Menurut Abdullah, satu laporan polis berkaitan kehilangan Khadijah dibuat dan usaha mengesannya termasuk menggunakan kaedah tradisional dilakukan, tetapi semuanya gagal.
Menyukarkan keadaan, Abdullah tidak memiliki walau sekeping gambar Khadijah untuk dijadikan panduan kepada orang ramai jika terjumpa atau mengenali wanita berkenaan.
“Setiap kali menjelang Aidilfitri, ingatan saya pasti tertumpu kepada Khadijah kerana terkenang peristiwa manis menyambut hari raya bersamanya,” katanya.
Penerima elaun sara diri RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu berharap dapat bertemu isterinya sebelum menutup mata.
“Kalau dia sudah tiada sekalipun, biarlah ditemukan kuburnya untuk diziarah bersama anak.
“Jika Khadijah masih hidup, saya harap dapat bertemu dengannya dan sekiranya sudah meninggal dunia, biarlah berkubur dengan ada batu nesan sebagai tanda,” katanya sebak.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/22tahunnantiisteripulang/Article
Thursday, September 16, 2010
22 tahun nanti isteri pulang
Posted by
semalamjadikenangan
at
2:39 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment