Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Peguam disiasat kes wang haram

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kemungkinan aset mencecah jutaan ringgit dimiliki peguam Datuk K. Patmanaban, 41, yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain adalah hasil pengubahan wang haram.




Satu sumber berkata, daripada semakan kedudukan kewangan peguam itu, latar belakang Patmanaban mencurigakan.



"Jika terbukti ada penglibatan, dia seorang bijak kerana mampu menyembunyikan kegiatan itu di sebalik pengaruhnya.



"Malah penglibatannya itu juga terselindung kerana dia mempunyai perniagaan termasuk mengusahakan ladang ternakan ayam di Ladang Gadong, Tanjung Sepat," kata sumber itu yang ditanya mengenai perkembangan awal siasatan aset Patmanaban.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
 
 
Saudagar batu permata hilang
 
 
KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kemungkinan kehilangan empat ahli perniagaan termasuk seorang saudagar batu permata warga India turut mempunyai kaitan dengan lapan lelaki yang ditahan berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.




Tiga rakyat tempatan yang hilang itu membabitkan seorang lelaki Melayu manakala dua lagi lelaki berketurunan India.



Polis menyiasat sama ada kehilangan tiga warga tempatan itu berlaku ketika mereka melakukan urusan perniagaan dengan peguam Datuk K. Patmanaban yang ditahan reman kelmarin.



Sumber itu berkata, saudagar batu permata bernama Alla Kantan Muthu Raja, 34, dari Chennai, India dipercayai hilang semasa dia melakukan urusniaga di Banting.



Kehilangan empat mangsa itu dilaporkan secara berasingan antara April dan Mei lalu.



Sejak itu tidak ada apa-apa petunjuk mengenai kedudukan keempat-empat mangsa itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

0 comments:

Post a Comment