Pages

Wednesday, September 15, 2010

Mayat lelaki berkecai akibat kemalangan di Lebuh raya Utara-Selatan

IPOH - Seorang pemandu terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 346.7 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Plaza Tol Sungkai, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa masih belum dikenali kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui tetapi dipercayai Melayu kerana ada Al-Quran berhampiran keretanya.

Katanya, Mayat itu ditemui di atas lebuh raya dalam keadaan berkecai akibat di gilis beberapa kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 1.30 pagi ketika mangsa yang memandu sendirian dalam perjalanan dari selatan ke utara dengan kereta jenis BMW, dipercayai terbabas serta merempuh penghadang tengah lebuh raya sebelum terbakar, akibatnya mangsa tercampak keluar.

“Mayat mangsa ditemui berkecai dan dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau waris yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di nombor telefon 05-401222 untuk membantu siasatan.


http://www.sinarharian.com.my/bterkini/6451.asp


___________________________________________________


ALFATIHAH ....

0 comments:

Post a Comment