Pages

Thursday, September 16, 2010

Pantau anak

Oleh Aniza Zainudin

2010/09/15

KUALA LUMPUR: Menyekat ataupun melarang remaja melayari laman sembang sosial bukan cara terbaik untuk mengelakkan anak-anak terus tertarik dengan kemudahan terbabit sehingga terjebak ke kancah perzinaan.

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, Dr Niekmah Adam berkata demikian berikutan kemudahan mengakses Internet secara meluas tanpa sekatan malah ia turut menjadi alat penting untuk berkomunikasi.
 
 

“Cuma dengan satu klik, semua sudah tersedia, sekali gus sukar untuk menghalang remaja terus melayari laman sembang seperti Facebook, Friendster mahupun Twitter “Bagi menyekat obsesi remaja terhadap laman sembang sosial, ia perlu dilakukan dengan lebih awal melalui pendekatan yang sesuai seperti pemantauan ibu bapa ketika anak menggunakan Internet selain peranan guru di sekolah,” katanya, semalam. Menurutnya, kerajaan melalui agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mewujudkan akta bagi mengawal masalah itu jika ia belum diwujudkan.
 
 

Katanya, jika akta berkaitan sudah wujud, ia perlu dikuatkuasa sebelum masalah yang disifatkan sebagai barah sosial remaja itu kian buruk.
 
 

Menurutnya, badan bukan kerajaan (NGO) perlu bergabung bagi menggesa kerajaan melalui kementerian berkaitan dan SKMM bertindak tegas.
 
 

Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai kemudahan laman sembang sosial disalah guna segelintir lelaki sebagai alat menjerat gadis terutama yang masih di bangku sekolah rendah terjebak dalam kancah perzinaan.



Sementara itu, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah mengakui tindakan ibu bapa memutuskan perkhidmatan jalur lebar bagi memberi pengajaran kepada anak-anak adalah tidak wajar malah boleh mengundang keburukan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pantauanak/Article

________________________________________________________

0 comments:

Post a Comment