Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Polis geledah firma guaman milik peguam bergelar Datuk

ANGGOTA Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 Bukit Aman membawa keluar Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan sistem komputer lain dari pejabat suspek utama bergelar Datuk yang terbabit kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya . - Foto Mohd Yusni Ariffin



Sep 14, 2010 4:34 pm
 
 
2010/09/14


BANTING: Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.



Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira jam 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.
 
 
 
 
Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu. Peguam berumur 41 tahun itu adalah seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.




Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.



Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.



Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa. - Bernama
 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisgeledahfirmaguamanmilikpeguambergelarDatuk/Article





Suspek utama pembunuhan Sosilawati, tiga lain dibawa ke pejabatnya


2010/09/14


SHAH ALAM: Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dibawa ke pejabatnya yang terletak di seberang jalan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, sebentar tadi.



Dia yang tiba dengan sebuah kereta Proton Waja berlambang Polis kira-kira jam 10.45 pagi di depan pejabatnya tetapi meninggalkan perkarangan rumah kedai dua tingkat itu, kira-kira lima minit kemudian, selepas percubaan membuka mangga kunci pejabat itu gagal.
 
 
Suspek yang dibawa semua ke IPD Kuala Langat untuk mengambil kunci baru, dibawa semula ke pejabatnya kira-kira jam 11 pagi diikuti anggota forensik, sebelum masuk ke pejabatnya di tingkat dua bangunan rumah kedai tiga tingkat itu.
 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SuspekutamapembunuhanSosilawati_tigalaindibawakepejabatnya/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment