Pages

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: 12 jam tempoh pembakaran

SHAH ALAM - Membakar mayat seorang manusia sehingga menjadi abu memerlukan kira-kira 12 jam, kata Pensyarah Tamadun India Universiti Malaya (UM), Dr M Rajantheran.

Beliau berkata, tempoh panjang itu biasanya menggunakan kayu getah.



“Sejak dahulu lagi, kaedah membakar mayat secara tradisional bagi kaum India adalah menggunakan kayu api. Kayu api itu disusun di bawah mayat bagi memudahkan proses pembakaran.:


“Namun, sekarang banyak alat pembakar menggunakan gas dan elektrik yang boleh didapati sekitar ibu kota dan Petaling Jaya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Rajantheran berkata, terdapat juga kaedah pembakaran lain seperti krematorium, iaitu pembakaran menggunakan gas.


“Walaupun alat ini dianggap moden dan mendapat permintaan tinggi pada masa sekarang, namun tempoh untuk membakar mayat memakan masa sehingga 12 jam juga.


“Misalnya, kalau kita hantar mayat untuk dibakar jam 5 petang, jam 10 pagi keesokan harinya barulah mayat itu menjadi abu,” katanya.


Menurutnya, tempoh masa secara saintifik bagi membakar mayat seorang manusia masih belum dibuktikan kerana proses itu bergantung kepada keadaan fizikal mayat yang dihantar untuk dibakar.


“Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum mendapat fakta mengatakan terdapat mayat dibakar dengan menggunakan najis lembu bagi mempercepatkan proses pembakaran,” katanya. - Sinar Harian


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7760

0 comments:

Post a Comment