2010/09/14
KUALA LUMPUR: Peguam yang merancang penipuan dan pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya, 47, dianggap bijak bersandiwara sebagai pembela masyarakat apabila kerap tampil menghulurkan bantuan termasuk khidmat guaman percuma.
Difahamkan peguam berusia 41 tahun terbabit turut bijak menggunakan publisiti media bagi meraih populariti dan keyakinan masyarakat berhubung imejnya yang dilabelkan bersih dan boleh diyakini.
Berdasarkan maklumat, peguam berkenaan pernah beberapa kali memanggil media untuk mengadakan sidang akhbar berhubung mangsa yang dianiaya majikan selain kes membabitkan gangguan seksual.
Perwatakannya seolah-olah individu prihatin menyebabkan suspek popular di kalangan masyarakat India di Banting, Selangor, di sini.
Bagaimanapun, Datuk ‘muda’ berkenaan yang merancang komplot jahat dengan adik kandungnya berusia 38 tahun, didakwa pernah dikenakan tindakan tatatertib Majlis Peguam Malaysia tiga tahun lalu.
Menurutnya, amalan guaman suspek pernah digantung selama setahun mulai 9 Mac 2007 hingga 30 Mac 2008 lalu.
Individu yang digantung terbabit adalah suspek berkenaan, adiknya dan seorang lagi proksi yang dikenakan tindakan dalam Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976.
Hukuman terbabit menyebabkan Datuk berkenaan tidak layak menjalankan amalan guaman dan menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai.
Sumber polis berkata, adik suspek berusia 38 tahun yang juga seorang peguam turut pernah dikaitkan dengan tiga tuduhan kes pecah amanah membabitkan pertukaran hak milik tanah milik seorang wanita bernilai RM200,000 akhir tahun lalu.
“Berdasarkan siasatan, adik suspek dihadapkan ke mahkamah awal Ogos lalu. “Suspek didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda. Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 20 September depan,” katanya.
Menurutnya, walaupun polis percaya terdapat sekurang-kurangnya empat mangsa lain turut dibunuh dan dihilangkan dengan kaedah sama, namun polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai keluarga mangsa akan tampil memberi maklumat.
“Setakat ini polis ada maklumat penting berhubung pemilikan suspek terhadap beberapa hartanah yang dipercayai diperoleh secara tidak sah selain membabitkan penipuan terancang,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KesbunuhSosilawati_Bijakmainsandiwara/Article/index_html
Kes bunuh Sosilawati: Penyewa terkejut tuan rumah ditangkap polis
BANTING: Penyewa rumah peguam berpangkat Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan ‘tuan rumahnya’ itu selepas gambarnya disiarkan media semalam.
Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa.
“Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini libatkan seorang peguam berpangkat Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat,” katanya. - Bernama
Tuesday, September 14, 2010
Kes bunuh Sosilawati: Bijak main sandiwara
Posted by
semalamjadikenangan
at
7:40 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment