Pages

Wednesday, September 15, 2010

Tiga gadis hilang dakwa selamat

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my
2010/09/15



HARLIZA (kanan) dan Che Norliah menunjukkan gambar Nurulashiqin, kembarnya, Nurulain; dan Suhaily.

Pergi ke Teluk Intan untuk jumpa teman lelaki

KAMPAR: Dua beradik kembar dan seorang rakan mereka yang dikatakan hilang selepas beraya di rumah rakan mereka di sini, Sabtu lalu, ada menghubungi sahabat karib menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam mengatakan mereka selamat.


Elia Delaila Kamarudin, 14, berkata Suhaily Abdul Rahman yang keluar bersama pasangan kembar berkenaan menghantar SMS supaya menyampaikan pesanan kepada ibunya tidak perlu risau kerana mereka akan pulang nanti. Elia yang juga rakan sekelas tiga remaja itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa berkata, Suhaily dipercayai menaiki bas ke Teluk Intan bersama Nurul-ashiqin Kamarazmi dan adik kembarnya Nurulain untuk beraya di rumah rakan lelaki.

“Nurulain SMS pagi tadi (semalam) mengatakan mereka tertinggal bas untuk pulang ke Kampar dan memutuskan untuk bermalam di Teluk Intan. Dia berpesan jangan cari mereka kerana semuanya selamat dan akan pulang nanti,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Elia berkata, Suhaily mungkin ke Teluk Intan untuk berjumpa teman lelakinya yang hanya dikenali sebagai Syah, manakala Nurul-ashiqin bertemu teman lelaki dikenali sebagai Akmal.

Sementara itu, seorang lagi rakan baik ketiga-tiga remaja itu, Nur Syahzlin Azhar, 14, berkata Nurulain ada menelefonnya jam 12.45 pagi Ahad lalu, iaitu kira-kira lebih sejam selepas ibunya Harliza Samah, 44, membuat laporan polis.
“Saya tidak menjawab kerana telefon sudah dimatikan. Saya telefon mereka semula pagi Ahad tetapi tidak dijawab,” katanya.

Sementara itu, Harliza berkata, Nurulain ada menghantar SMS kepadanya mengatakan mereka selamat tetapi tidak menyatakan lokasi tempat tinggal mereka.

“Kalau tidak ada duit nak balik, SMS tempat mana. Nanti ada saudara datang menjemput mereka,” katanya.

Ibu Suhaily, Che Norliah Chek Hat, 47, pula berkata dia juga merayu anaknya pulang.

kerana tiada sebarang perselisihan faham berlaku dalam keluarga sebelum mereka keluar rumah, Sabtu lalu.

"Saya tak lalu makan. Minta dia balik semula. Tetapi saya lega kerana dia SMS kepada saudara mengatakan dia selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis memandang serius kes remaja keluar rumah dan tidak pulang terutama apabila membabitkan remaja bawah umur.

“Saya harap rakan yang dihubungi oleh remaja terbabit dapat menasihatkan mereka supaya pulang segera atau menghubungi polis,” katanya polis Kampar boleh dihubungi melalui 05-4650020 05-4650020 atau hotline Polis Perak 05-2401999 05-2401999

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tigagadishilangdakwaselamat/Article

0 comments:

Post a Comment