IRMAN terlantar di hospital kerana dua jari kirinya putus akibat bermain mercun bola pada hari raya pertama, Jumaat lalu.
GUA MUSANG: Seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi Gua Musang, putus dua jari kirinya apabila mercun bola yang dipasang dalam botol kaca tiba-tiba meletup, di Kampung Kundur, dekat sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada hari pertama Aidilfitri itu, Irman Mohamad, 8, berkata beliau bermain mercun bola di halaman rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari.
Katanya, beliau memasukkan mercun bola ke dalam botol untuk mendapatkan bunyi kuat dan selepas dicucuh sumbu mercun , ia tidak meletup menyebabkannya memegang botol itu untuk melihat puncanya. “Tiba-tiba, mercun meletup dan saya menjerit kesakitan apabila melihat dua jari tangan kiri hancur,” katanya katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM), semalam.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Budakhancurduajarimainmercun/Article/index_html
Tuesday, September 14, 2010
Budak hancur dua jari main mercun
Posted by
semalamjadikenangan
at
1:27 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment