Tuesday, September 14, 2010
Nelayan jumpa bom lama
KOTA BHARU – Seorang nelayan terpaksa membatalkan niatnya menangkap ikan selepas jalanya mengena pada sebutir bom lama dipercayai dari zaman peperangan Jepun.
Che Nuh Che Said, 52, menemui bom seberat kira-kira dua kilogram berkenaan ketika menjala di pesisir Pantai Cahaya Bulan dekat sini kira-kira jam 9 pagi semalam.
Che Nuh berkata, dia ke pantai berkenaan untuk menjala ikan dan terkejut selepas mendapati bukan ikan yang diperolehnya tetapi sebutir bom.
“Pada mulanya saya menyangka saya mendapat ikan yang besar kerana ketika ditarik jala saya agak berat.
“Selepas ditarik ke pantai saya sangat terkejut kerana terdapat besi yang besar dan setelah diperhatikan ia merupakan bom,” katanya kepada Sinar Harian semalam ketika ditemui di tempat kejadian.
Kemudiannya dia menanggalkan bom terbabit dari jala dan berlari meninggalkan tempat tersebut serta pulang memaklumkan penemuan itu kepada kawannya supaya melaporkan kepada pihak polis.
Sementara itu, seorang penduduk, Zainal Mat, 32, ketika ditemui pula berkata, selepas mendengar khabar berita penemuan bom berkenaan, dia terus ke pantai terbabit dan memang ia adalah bom jenis lama.
“Saya menjangkakan ia jenis bom lama yang digunakan ketika peperangan zaman Jepun dahulu kerana melihat pada bentuk serta besinya yang tahan karat,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story8173060.asp
Posted by
semalamjadikenangan
at
7:25 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment