Pages

Thursday, September 16, 2010

Tubuh hancur digilis

2010/09/15

IPOH: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya terputus dua selain hampir keseluruhan anggota badan termasuk bahagian muka hancur dipercayai akibat digilis beberapa kenderaan lain dalam satu kemalangan di Kilometer 346.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungkai, Tapah, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu berlaku apabila kereta mewah jenis BMW berwarna perak yang dipandu mangsa dari arah selatan menuju ke utara dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang tengah jalan. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, akibat rempuhan kuat, kereta mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

“Pertembungan itu turut menyebabkan mangsa tercampak keluar ke tengah jalan arah selatan manakala keretanya berada di laluan bertentangan. “Mangsa yang terbaring di tengah jalan, dipercayai dilanggar dan digilis beberapa kenderaan yang tidak sempat mengelak atau menyedari kelibat mangsa.

“Ia mengakibatkan mayat mangsa hancur dengan badannya terputus dua serta beberapa anggota badan termasuk muka cedera teruk. Polis juga terpaksa mengutip beberapa cebisan mayat mangsa yang bertaburan atas jalan,” katanya.

Menurutnya, polis berdepan kesukaran mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayatnya serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badannya dipercayai hancur atau hilang.

“Selain itu, polis juga masih mengesan nombor pendaftaran kenderaan milik mangsa yang dipercayai rosak atau hilang ketika kemalangan berlaku,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tubuhhancurdigilis/Article

0 comments:

Post a Comment