Pages

Tuesday, September 14, 2010

Impian jadi cantik punah


KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pegawai khidmat pelanggan wanita mencantikkan wajah punah apabila barang kosmetik yang dibeli daripada sebuah pusat beli-belah di sini, menyebabkan mukanya merah dan mengalami kegatalan.


Patricia Siew Wei, 33, berkata, akibat kejadian itu, dia terpaksa membuat kerja pejabat selama tiga minggu.

Menurutnya, dia mendapat panggilan telefon daripada pusat kecantikan terbabit yang menawarkan rawatan wajah percuma, Jun lalu, sebelum pergi ke premis berkenaan.



Katanya, pakar kecantikan di situ mengatakan kulit mukanya bermasalah, lalu dia membeli barangan berkenaan.


“Dua minggu selepas memakainya, muka saya gatal dan merah.



“Saya kembali ke pusat kecantikan itu untuk mengadu, tetapi pekerjanya mengatakan itu adalah keadaan biasa dan memberitahu saya kekurangan air dalam badan. Dia juga menasihatkan supaya mengikut arahan yang diberikan semasa memakai produk itu,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Biro Pengaduan Awam, Datuk Micheal Chong.



Siew Wei berkata, arahan itu sudah dipatuhi, namun keadaan mukanya bertambah teruk.

“Saya risau dengan keadaan muka yang semakin merah, lalu berjumpa doktor pakar untuk menerima rawatan. Doktor menasihati saya berhenti daripada menggunakan barangan berkenaan.




“Doktor juga memberitahu kulit saya menjadi semakin sensitif dan merah selepas menggunakan produk itu. Saya terpaksa menjalani rawatan dengannya dua minggu sekali dan membayar RM200 untuk setiap sesi, sejak akhir Ogos lalu,” katanya.


Katanya, dia sekali lagi ke premis berkenaan untuk menuntut wangnya, tetapi diminta menukar dengan produk kecantikan lain bagi menggantikan wang itu.


“Ketika saya membeli produk berkenaan sebelum ini, saya difahamkan wang akan dikembalikan jika ia tidak memberi kesan (cantik) pada wajah.



“Saya tidak puas hati apabila wang yang saya tuntut tidak diberi, sebaliknya kedai itu hanya sanggup menggantikan dengan produk lain,” katanya.



http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story8173262.asp

0 comments:

Post a Comment