2010/09/14
GOMBAK: Suspek utama pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya, 47, menjadi penaja terbesar pemberian hamper satu program untuk penduduk Orang Asli di Bukit Cheding, Banting, baru-baru ini.
Hal ini didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah yang turut hadir dalam program anjuran penduduk di sana pada 8 September lalu.
“Saya diberitahu peguam (suspek) itu salah seorang penaja terbesar untuk program berkenaan. Saya terkejut apabila melihat gambar suspek di media massa,” katanya.
Malah beliau berkata, suspek juga pernah menyatakan hasrat untuk menyertai MIC dan ingin menyumbangkan jasa dalam parti berkenaan.
“Saya menyuruhnya menghantar borang ke pejabat MIC, dan akan meminta Datuk Seri Samy Vellu mempertimbangkan, tapi siapa sangka rupanya dia peguam yang mempunyai banyak rekod jenayah. Malam tadi (semalam) saya tidak dapat tidur kerana saya mengingati perwatakan suspek yang pemurah dan peramah. Murugiah juga meminta polis menyiasat lebih terperinci mengenai suspek yang mendapat gelaran Datuk itu.
“Saya hairan bagaimana seorang peguam yang mempunyai banyak rekod jenayah, layak mendapat gelaran Datuk, dan dari mana dia mendapatnya, itu semua harus disiasat,” katanya. Sementara itu, Murugiah mewakili kaum India di negara ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lapan suspek utama kes pembunuhan jutawan terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, serta tiga lagi rakannya yang mati dibunuh, dibakar kemudian abu mereka dibuang ke dalam sungai berhampiran kawasan Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting, Selangor. Beliau menyifatkan tindakan suspek berkenaan adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan hingga sanggup membunuh disebabkan wang.
“Saya mewakili kaum India di negara ini mahu polis menyiasat kes ini secara terperinci dan jika betul lapan suspek itu adalah pembunuhnya, bawa mereka ke muka pengadilan. Jika mereka bersalah, jangan bagi peluang lepas daripada tali gantung, kerana apa yang mereka lakukan sangat kejam,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah Sosilawati, semalam.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KesbunuhSosilawati_SuspekpernahtajaprogramOrangAsli/Article/index_html
Tuesday, September 14, 2010
Kes bunuh Sosilawati: Suspek pernah taja program Orang Asli
Posted by
semalamjadikenangan
at
7:33 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment