Hari Kiamat ditakrifkan oleh Kamus Dewan sebagai hari kehidupan semula atau kebangkitan sekalian manusia daripada mati. Selain itu, kamus ini juga mendefinisikan kiamat sebagai hari penghabisan dunia iaitu hari hidupnya kembali sekalian manusia untuk menghadapi keadilan tuhan dan hari akhir zaman iaitu pada ketika ini dunia dan segala-galanya telah dimusnahkan oleh Allah s.w.t.
Menurut sosiologi bahasa Arab Kiamat berasal daripada perkataan yang membawa maksud bangkit atau bangun. Terdapat banyak penggunaan al-Quran berkaitan dengan istilah ‘yaumul qiyamah’ antaranya ialah:
1. Surah Muhammad: ayat 18 yang mafhumnya:
” Maka tidaklah mereka tertunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaumul qiyamah) iaitu yang datang kepada mereka secara tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran itu apabila kiamat telah datang?”.
2. Surah al-Hajj : ayat 85 yang mafhumnya:
” Dan sesungguhnya hari kiamat (yaumul qiyamah) itu pastilah datang dan tidak ada keraguan padanya”.
3. Surah al-Nisa’: ayat 159
” Tidak ada seorangpun dari ahli kitab kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya dan di hari kiamat (yaumul qiyamah) nanti Isa akan menjadi saksi kepada mereka.”
4. Surah al-Zukhruf: ayat 10.
” Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat (yaumul qiyamah) kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat dan ikutilah aku. Inilah jalan yang lurus.”
Jawapan:
Nama-nama lain bagi hari kiamat ialah:
Pertama: Hari Akhir (Yaumul Akhir)
Hari akhir dalam bahasa Arab disebut sebagai yaumul akhir yang bererti hari terakhir dunia ini wujud dan akan musnah selepas itu dan semua manusia akan dibangkitkan selepas peristiwa itu. Dan alam pada ketika itu dinamakan sebagai akhirat.
Kamus Dewan mendifinisikan perkataan akhir adalah sebagai kemudian sekali atau penghabisan. Dari pentakrifan ini dapat kita fahami bahawa hari akhir adalah hari penghabisan bagi dunia dan seluruh alam ciptaan Allah ini.
Dalam al-Quran terdapat banyak penggunaan hari akhir sebagai nama lain bagi kiamat antaranya:
1. Surah al-Baqarah ayat: 126 yang mafhumnya:
” Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim berdoa dan berkata “wahai tuhanku, jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir di antara mereka. Allah berfirman: permohonan itu diterima tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu sementara di dunia, kemudian aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab nereka, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
2. Surah al-Baqarah ayat: 232 yang mafhumnya:
” Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu lalu habis masa iddah mereka maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan bekas suami mereka, apabila mereka bersetuju secara sesama sendiri dengan cara baik yang dibenarkan oleh syarak. Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci.
3. Surah Ali-Imran ayat: 114 yang mafhumnya:
” Mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhir dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala perkara yang buruk (salah dan keji) dan mereka pula bersegera mengerjakan berbagai-bagai kabajikan. Mereka yang demikian itu adalah dari orang-orang yang soleh.”
4. Surah al-Nisa’ ayat: 38 yang mafhumnya:
” Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka pula tidak beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhir. Dan sesiapa mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka seburuk-buruk teman adalah syaitan.”
5. Surah al-Nisa’ ayat: 59 yang mafhumnya:
” Wahai orang-orang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhir.”
6. Surah al- Nisa’ ayat: 136 yang mafhumnya:
” Wahai orang-orang yang beriman, tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasulnya dan kepada kitab Allah yang telah diturunkan kepada Rasulnya (Muhammad) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur dan ingkar kepada Allah dan malaikat-malaikatnya dan kitab-kitabnya dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhir, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”
7. Surah al-Nisa’ ayat: 162 yang mafhumnya:
” Tetapi orang-orang yang teguh dan mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang beriman, sekeliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhir; mereka itulah yang kami berikan kepadanya pahala balasan yang amat besar.”
Kedua: Hari Agama (Yaumu al-Din)
Kamus Dewan edisi elektronik apabila dimasukkan pada entri perkataan al-din mentakrifkan al-din sebagai agama. Kamus dewan juga mentakrifkan perkataan yaumuddin sebagai hari kiamat. Manakala Tafsir Pimpinan al-Rahman terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang diketuai oleh Syeikh Abdullah Basmeih ketika mentafsirkan perkataan yaumuddin dalam kebanyakan tempat dalam al-Quran mendefinisikan yaumuddin sebagai hari pembalasan.
Hari ini dinamakan sebagai hari agama kerana pada hari ini semua manusia dikumpulkan di satu tempat dan akan dihitung dosa dan pahala yang dikumpul di dunia. Pada waktu ini beruntunglah hamba Allah yang menganggap bahawa Islam adalah agama yang syumul yang merangkumi cara hidup di dunia dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan sehariannya serta rugi bagi orang yang menganggap bahawa Islam adalah semata-mata agama yang dianuti tanpa ada kaitan dengan cara hidup seharian.
Terdapat lebih kurang 10 tempat di dalam al-Quran yang menggunakan yaumuddin sebagai gambaran atau nama lain kepada kiamat, antaranya:
1. Surah al-Fatihah ayat: 4
” Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari kiamat) (yaumuddin).”
2. Surah al-Hijr ayat: 35
” Dan sesungguhnya engkau akan ditimpa laknat sehingga hari kiamat (yaumuddin).”
3. Surah al-Syu’ara’ ayat: 82
” Dan (Dia-lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat (yaumuddin).”
4. Surah Shad ayat: 78
” Dan sesungguhnya engkau akan ditimpa laknatku secara terus menerus hingga hari kiamat (yaumuddin).”
5. Surah al-Saffat ayat: 20
” Dan pada saat itu mereka berkata: celakalah kami, hari ini adalah hari pembalasan (yaumuddin).”
6. Surah al-Zariyat: 6
” Dan sesungguhnya balasan amal (hari pembalasan) (yaumuddin) akan berlaku.”
7. Surah al-Waqi’ah ayat: 56
” Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari pembalasan (yaumuddin).”
8. Surah al-Ma’arij ayat: 26
” Dan mereka percaya hari pembalasan (dengan mengerkan amal-amal soleh sebagai bukti).”
9. Surah al-Waqi’ah: 56
” Dan inilah azab yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari pembalasan (yaumuddin).”
10. Surah al-Mudassir: 46
” Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan (yaumuddin).”
11. Surah al-Infitar: 11
” Dan mereka sentiasa mendustakan hari pembalasan (yaumuddin).”
12. Surah al-Tiin: 2
” Dan dengan apa lagi mereka mendustakan hari pembalasan (yaumuddin)?.”
13. Surah al-Ma’uun: 1
“Tidakkah kamu lihat orang-orang yang mendustakan hari pembalasan (yaumuddin).”
Ketiga: Hari Perhitungan ( Yaumul Hisab)
Perkataan hisab menurut Kamus Dewan ialah hitung, perkiraan atau kira mengira. Daripada maksud yang diberikan dapat kita fahami bahawa hari kiamat juga dianggap sebagai hari perhitungan iaitu hari yang amalan manusia ditimbang dan dikira di hadapan Allah s.w.t dan pada hari inilah ditentukan sama ada seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Pada hari ini semua amalan manusia yang dilakukan di dunia diambil kira dan dibentangkan dihadapan Allah s.w.t sebagai Hakim Yang Maha adil.
Kajian ini mendapati kalimah atau perkataan hari perhitungan atau yaumul hisab digunakan sebanyak 4 kali dalam al-Quran. Antaranya:
1. Surah Shad: 16 yang mafhumnya:
” Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ngejek): wahai tuhan kami, segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal.”
2. Surah Shad: 26 yang mafhumnya:
” Wahai Daud, sesungguhnya kami Kami telah menjadikanmu khalifah dibumi, maka jalankanlah hokum di antara manusia dengan apa yang disyariatkan yang benar dan janganlah menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal (yaumul hisab), disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.”
3. Surah Shad: 53 yang mafhumnya:
” Dan inilah balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai perhitungan amal (yaumul hisab).”
4. Surah Ghafir: 27 yang mafhumnya:
” Dan setelah (mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata: Sesungguhnya akau berlindung Tuhanku dan Tuhan kamu dari angkara tiap-tiap orang sombong dan takbur yang tidak beriman dengan hari hitungan amal (yaumul hisab).”
Keempat: Hari Berlakunya Peritiwa Besar (al-Waqi’ah)
Antara nama lain bagi kiamat ialah al-waqi’ah atau dalam bahasa melayu boleh ditakrifkan sebagai hari berlakunya peristiwa besar atau hari kiamat. Dalam al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan al-Waqiah iaitu surah yang menceritakan bagaimana kejadian kiamat berlaku. Kajian ini mendapati di dalam al-Quran disebut sebanyak 2 kali perkataan al-Waqi’ah yang mengambarkan kejadian kiamat yang cukup dahsyat. Antaranya ayat tersebut ialah:
1. Surah al-Waqi’ah: 1 yang mafhumnya:
” Dan apabila berlaku hari kiamat (kejadian besar) (waqi’ah).”
2. Surah al-Haqqah: 15 yang mafhumnya:
” Dan pada hari itu berlakunya kiamat (waqi’ah).”
Kelima: Saat yang akan berlaku (al-Haaqqah)
Nama kelima bagi kiamat ialah saat yang akan berlaku iaitu hari kiamat. Dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan dengan nama ini. Jika diteliti kandungan surah tersebut dapat kita fahami bahawa surah tersebut menyatakan dengan jelas bagaimana kaum-kaum terdahulu dimusnahkan. Antara peristiwa yang diceritakan ialah bagaimana kaunm ‘Ad dan Thamud dimusnahkan dengan rebut yang sangat kuat dan bagaimana kaum nabi Nuh dilenyapkan dari muka bumi ini dengan banjir yang sangat besar.
Dalam al-Quran disenaraikan beberapa ayat yang mendefinisikan kiamat dengan nama al-Haaqah antaranya dalam surah al-Haaqah ayat 1 hingga 3:
(1) (2) (3)
Yang mafhumnya:
” Saat itu tetap berlaku. Apakah sifat dan keadaan saat yang berlaku itu. Dan apa jalannya dapat engkau mengetahui saat yang akan berlaku itu.
Keenam: Bencana yang menggemparkan (al-Qari’ah)
Nama lain bagi kiamat juga ialah al-Qari’ah yang membawa maksud hari atau bencana yang menggemparkan. Dalam surah ini dijelaskan dengan terperinci bagaimana keadaan manusia pada hari tersebut, bagaimana alam ini dimusnahkan dalam sekelip mata dan balasan yang setimpal bagi orang yang berbuat baik dan jahat ketika kehidupan mereka di dunia. Nama kiamat ini boleh di dapati dalam surah al-Qariah ayat 1-3:
Yang mafhumnya:
” Hari yang menggemparkan (al-Qari’ah). Apa dia hari yang menggemparkan itu (al-Qari’ah). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui hari yang menggemparkan itu (al-Qariah)?.”
Sunday, September 12, 2010
kiamat di dalam al-quran
Posted by
semalamjadikenangan
at
2:46 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment